Sunday, December 1, 2013

[FAKTA] SIAPA PERLUKAN VITAMIN UNTUK SAKIT JANTUNG?

CoQHealth Plus adalah supplement yang mengandungi co-enzim Q10(CoQ10) yg terdapat didalam setiap sel badan kita yang memainkan peranan penting untuk menghasilkan tenaga untuk fungsi badan.Ia juga mengandungi ekstrak TEH HIJAU dan VITAMIN E.

Ia PENTING untuk mereka yang mengalami masalah kardiovaskular akibat MEROKOK dan GAYA HIDUP TIDAK SIHAT.

MANFAAT UTAMA adalah:
•Mengekalkan jantung yang sihat dan kuat
•Menstabilkan paras tekanan darah dan kolestrol
•Meningkatkan penghasilan tenaga
•Meningkatkan keupayaan mental serta berkaitan memori
•Kulit yang lebih sihat
•Meningkatkan tahap kesuburan

Siapa perlukan COQ HEALTH PLUS?
•penghidap PENYAKIT KARDIOVASKULAR 
•mereka yang mengalami masalah PEREDARAN DARAH
•mereka yang menghidap MIGRAIN,SAKIT KEPALA dan LOYA akibat migrain
•mereka yang mengalami MASALAH INGATAN sepwrti ALZHEIMER
•penghidap DARAH TINGGI dan KOLESTROL
•mereka yang sering LETIH, TIDAK BERTENAGA dan KURANG STAMINA
•mereka yang MENGALAMI MASALAH KESUBURAN seperti SPERMA YANG LEMAH dan BILANGAN SPERMA KURANG serta OVUM YANG TIDAK BERKUALITI
•mereka yang mengalami MASALAH KULIT seperti KULIT KUSAM dan TIDAK BERMAYA

Dapatkan COQ HEALTH PLUS anda HARI INI JUGA! 

[SET] VITAMIN UNTUK KULIT CANTIIK BAGAI BAYI

Kulit adalah organ terbesar yang terdapat pada tubuh manusia. Kulit berfungsi melindungi organ-organ dalaman kita daripada terdedah pada persekitaran. Kulit yang SIHAT & CANTIK adalah idaman semua orang! Kulit wajah memberikan impak yang besar pada penampilan dan tahap keyakinan individu. Ramai yang sanggup ribuan ringgit untuk membeli pelbagai jenama pencuci muka dan melakukan pelbagai rawatan yang hanya bersifat sementara.

Sekarang tak perlu lagi dengan SHAKLEE! Masalah kulit seperti kulit berminyak,kulit berjerawat, kulit berparut, kulit kusam tidak bermaya,pori-pori besar,kulit gelap semua nya insyaallah boleh diatasi dengan pengambilan vitamin untuk kulit Gojes ini!

Vitamin untuk kulit dari Shaklee adalah gabungan vitamin-vitamin yang berfungsi dalam memastikan kesihatan kulit terjaga dari dalam. Pengambilan vitamin untuk kulit adalah lebih penting berbanding penggunaan set penjagaan kulit luaran,namun penggunaan rangkaian penjagaan luaran juga penting selepas vitamin untuk kulit.


Vitamin yang berfungsi untuk menjaga kesihatan kulit adalah:
•Energizing Soy Protein (ESP)
•Sustained Release Vita C Plus 
•Vita E Complex
•B Complex



Saturday, November 30, 2013

[TIPS] CARA MERANCANG JANTINA ANAK

Entri di post lalu ada saya ceritakan tentang TIPS MENGETAHUI JANTINA ANAK DALAM KANDUNGAN. Tetapi kalau anda memang menginkan anak lelaki atau perempuan dan telah mencuba sekian lama,mungkin boleh mencuba tips-tips dibawah ini.Tips ini saya ambil dari website Dr Hamid Arshat – Pakar Sakit Puan. Sepertimana dengan tip-tip lain, tiada satu pun akan menjamin 100% keberkesanannya. Segalanya ditentukan oleh Allah SWT kita hanya mampu berusaha sebaik mungkin.



Namun menurut Dr Hamid, dengan izin Allah, tip ini 70% kebarangkalian untuk mencapai kejayaan.

Kombinasi kromosom bagi lelaki dan perempuan XY, XX
Para suami harus mengetahui anda adalah penentu dalam jantina anak-anak. Benih lelaki membawa kromosom X dan Y manakala benih wanita hanya membawa kromosom X. Gabungan kromosom X-X akan menghasilkan anak perempuan manakala X-Y akan menghasilkan anak lelaki.
Ciri-Ciri X dan Y
X – Jangka hayat lebih lama, Bergerak lambat, Tahan dalam keadaan berasid
Y – Jangka hayat singkat, Bergerak pantas, Tahan dalam keadaan berakali

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki [ XY ]
1.Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching ’atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas, 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
Petua Untuk Mendapat Anak Perempuan [ XX ]
1.Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang. Apa yang ditentukan pastinya itu adalah terbaik untuk kita. Selamat Mencuba!!!

[TIPS]KETAHUI JANTINA ANAK DALAM KANDUNGAN

Tajuk ni memang korang semua suka kan? Lagi-lagi kalau korang ada kawan tengah pregnant and belum nampak lagi jantina anak dalam kandungan,suka korang main teka-teki ye? Hehehe!



Memang kalau jadi parents selalu akan dapat soalan,"Baby apa?" Atau "Apa jantina bayi dalam perut ni? Girl ke boy?" Haha kadang-kadang tu takyah cakap tengok je dah tau. Ni kalau jenis yang banyak pengalaman (atau banyak anak) memang expert la. Dari sayup-sayup jauh dah tahu dah macam ada mata ultrasonik. Hahaha!

Apa pun pada yang tak tau,meh kita tengok sket apa ciri-cirinya. Ini hanya ramalan ye petua orang dulu-dulu untuk kenalpasti jantina anak dalam kandungan hanya melalui pemerhatian fizikal. Mungkin ada benar nya atau mungkin hanya kebetulan. Tiada siapa tahu. Untuk kepastian,ibu bapa boleh la berjumpa dan merujuk kepada pakar ginekologi untuk ujian ultrasound ye. Sekarang ni 2D, 3D sampai la 4D pun ada..haha..pilih saja. 

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan.

2) Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki.

3) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan.

4) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu.

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..

8) Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan.

9) Melihat kepada response baby lelaki atau perempuan terhadap ibu yang mengandung. Katanya, kalau baby pompuan tu suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kalau baby pompuan tu tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya..

Petua boleh diambil tetapi bukanlah 100% tepat ye. Apa pun jantina bayi anda,itu tidaklah penting. Yang penting anak sihat dan cerdas :)

Korang ada pengalaman tak? Orang kata anak lelaki tp keluarnya perempuan? Hehehe atau sebaliknya ?

Sunday, November 24, 2013

[RESEPI] KEK CHIFFON PANDAN

Semalam berjaya buat Kek Chiffon Pandan kegemaran suami :) ini jelah kek yang suami suka. Lain tak mau. Kek Keju Meleleh ke terbalik ke semua tak jalan. 

So lepas google resepi kita sedia operasi. Pernah buat juga kek ni dlu sekali tp tk berapa jadi sebab kek jadi berat dan tak gebu. Adalah silap kt mana2 kot tak pasti.Pastu nak buat lagi kene fikir dalam-dalam sbab resepinya guna telur yg banyak-6biji kau. Haha! Kalini dapatkan resepi yg boleh diharap. Alhamdulillah sangat sedap n menjadi :) gebu gebas dan lemak berkrim. 

So jom tengok resepinya apa ye ..

Resepi Kek Chiffon

Bahan-bahan 

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak (boleh guna tpg kek)
* 2 sudu kecil baking powder* diayak 

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara Bahan (A): 

•Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
•Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
•Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan (B): 
•Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
•Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
•Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
•Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
•Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
•Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
•Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
•Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

*Utk oven, kek ni guna suhu 165c dan bakar selama 45 minit

Friday, November 22, 2013

[RESEPI] KEK KEJU MELELEH

Wah! membara betul semangat membakar hehehe..last week buat ROTI PAUNG, kelmarin dah buat KEK GULA HANGUS, semalam buat pulak Kek Keju Meleleh..memang heaven! Kat rumah ni anak-anak memang suka kek keju terutamanya si Abang Zaim. Pagi-pagi dah makan 1 slice..hehe..sedap katanya..yelah kamu makan sedap ibu yang bersengkang mata tido lambat..hahahah..



tengoklah kat post sebelum ni dah berderet post resepi..hehehe..bolehla ambil mana yang patut insyaallah menjadi..hehe..layan gambo kek keju meleleh sejuk-sejuk dari petiais pagi-pagi ni..memang nikmat..oppss!dah habis 1/4 dah plak..ngeeee..sengaja tak letak cheddar cheese sebab rasa dah overloaded rasa cheese ni..


KEK KEJU MELELEH

Bhn2 Utk Kek
*100g tepung hongkong/tepung kek
*60g tepung jagung
*1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk/susu cair
75g mentega cair
1 sudu kecil vanilla

Cara Membuat
1)Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
2)Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
3)Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
4)Bakar dalam oven pada suhu 160c-170c selama 45 minit @sehingga masak.

Bahan-bahan Untuk Cream
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia atas hingga sebati,adunan ini memang cair.(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)

Untuk Hiasan
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan
1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
3)Parutkan cheddar cheese di atas kek.Siap.

Thursday, November 21, 2013

[RESEPI] KEK GULA HANGUS

Hahaha..rasa blog ni makin lama makin nak bertukar jado blog kongsi resepi berbanding berkongsi pasal vitamin semulajadi, set-set shaklee ape bagai..hehehe..takpe..asik cerita pasal vitamin aje,saya bukan makan tido semua vitamin je koje nye..

Okla tengoklah resepi kek gula hangus ni..cedok dari internet juga ni..biasalah semua dihujung jari hehehehe!

Bahan-bahan:

1 cawan gula 
1 cawan air
1 cawan tepung
1 cawan susu pekat 
4 biji telur gred A
5 sudu besar butter@marjerin
1 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit esen vanila

Cara-cara:
•Masak gula di dalam periuk dgn api sederhana. Bila sudah keperangan kacau sentiasa guna senduk kayu sehingga berbuih. Kecilkan api, masukkan air (berhati-hati ye) dan kacau sehingga gula larut. Matikan api dan masukkan butter. Ketepikan dan biarkan gula hangus SEJUK.
•Ayak tepung, soda bicarbonat dan baking powder. Ketepikan.
•Pukul telur menggunakan hand whisk.(hana blend 2 minit). Masukkan susu pekat dan esen vanila.
•Masukkan pula tepung dan kacau sebati.
•Kemudian masukkan gula hangus yang sudah sejuk tadi. Kacau. Tapis jika ada yg berketul.
•Lengserkan loyang dengan butter@marjerin dan alaskan dengan baking paper.
•Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan sebentar. Untuk mendapatkan sarang yang cantik seeloknya perap 3-4jam dan semasa perap, loyang seeloknya ditutup.
•Bakar 1 jam suhu 170C. Uji kek, jika kek masih goyang2, tambahkan sedikit masa lagi.
•Biarkan sejuk dahulu baru potong.

Kalini resepi tkdo gambar sebab habis dalam sekejapan angin lalu.haha!2